DuniaHiburan

Netflix ‘undur diri’ tawar ambil alih Warner Bros

Netflix menarik diri daripada usaha menaikkan tawaran bagi mengambil alih Warner Bros selepas Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery (WBD) menilai cadangan Paramount Skydance sebagai lebih unggul.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos dan Greg Peters, memaklumkan keputusan itu dibuat atas pertimbangan kewangan kerana tawaran yang perlu dipadankan tidak lagi berdaya maju.

Walaupun tidak meneruskan pengambilalihan tersebut, Netflix menegaskan kedudukan syarikat kekal kukuh dan akan terus berkembang secara organik.

Syarikat itu merancang melabur kira-kira AS$20 bilion tahun ini bagi penerbitan filem dan siri, selain meneruskan program pembelian balik saham.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker