Hiburan
Zul Yahya rugi RM1.1 juta, hampir pinjam Ah Long demi selamatkan rumah

Pelakon dan usahawan Zul Yahya mendedahkan beliau mengalami kerugian perniagaan sebanyak RM1.1 juta sehingga rumah keluarganya berdepan risiko dilelong.
Zul, 53, berkata beliau menerima notis lelongan pada Februari lalu dan hampir meminjam wang daripada ah long kerana hanya mempunyai tempoh kurang dua minggu untuk menyelamatkan rumah tersebut.
Bagaimanapun, beliau memilih untuk meminta bantuan orang ramai menerusi TikTok dan berjaya mengumpulkan dana yang diperlukan.
Menurut Zul, masalah kewangannya kini telah selesai dan beliau tidak lagi menerima sebarang sumbangan.




