Malaysia

Public Mutual agih lebih RM1.9 juta untuk dua dana

Public Mutual Bhd mengumumkan agihan melebihi RM1.9 juta bagi dua dana untuk tahun kewangan berakhir 28 Februari 2026.

Agihan itu melibatkan 0.46 sen seunit bagi Public Regular Savings Sequel Fund dan 0.10 sen seunit untuk PB ASEAN Dividend Sequel Fund.

Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih 180 dana di bawah pengurusan.

Ia juga penyedia Private Retirement Scheme (PRS) yang menawarkan sembilan dana PRS serta mempunyai 31 cawangan dan pusat khidmat pelanggan di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker