Malaysia

4 Mayat Migran ditemui terapung selepas bot karam di Pulau Pangkor

Empat mayat dipercayai migran tanpa dokumen ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua selepas sebuah bot karam di perairan Pulau Pangkor, Perak.

Pengarah Maritim Perak, Laksamana Pertama Maritim Shukri Khotob berkata, mayat terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu ditemui Pasukan Polis Marin kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut beliau, semua mangsa ditemui terapung sekitar 13 batu nautika dari Pulau Talang berhampiran Segari dan dipercayai hanyut ke arah utara akibat arus laut, kira-kira 10 batu nautika dari lokasi bot dilaporkan tenggelam.

Setakat ini, seramai 27 mangsa telah ditemui termasuk 23 yang berjaya diselamatkan pada hari pertama operasi, manakala 10 lagi masih hilang. Shukri berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 5.30 pagi semalam daripada seorang nelayan tempatan yang menemui mangsa terapung di laut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker