Malaysia
Pengarah ladang Farm Fresh terkorban dalam nahas helikopter

Seorang pengarah ladang Farm Fresh Bhd, Jacob Mathan, 35, maut selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina, kira-kira 7.20 pagi Isnin.
Menurut kenyataan syarikat, nahas berlaku ketika beliau dalam lawatan rutin ke tapak ladang berpotensi dan dipercayai berpunca daripada masalah enjin.
Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Filipina, Shawn Pu, yang turut berada dalam helikopter itu dilaporkan cedera namun dalam keadaan stabil.
Pengurusan syarikat menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar dan memaklumkan legasi serta kepimpinan yang dibinanya akan terus menjadi asas kepada perkembangan operasi ladang syarikat.




