Malaysia

Remaja perempuan 16 tahun hilang di Subang Jaya – Polis

Polis sedang mencari seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, Sarah Nabihah Abdul Rahin kali terakhir dilihat berada di rumahnya di USJ2/4, Subang Jaya.

Menurut beliau, remaja berbangsa Indonesia itu memiliki ketinggian 155 sentimeter dan berat 40 kilogram.

Selain berambut perang panjang, Sarah juga dilaporkan berkulit cerah, hidung mancung, mata besar dan bibir tebal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker