Malaysia

Tauke ‘seafood’ tunai janji belanja keluarga pertemukan Macbook anaknya

Pemilik Ah New Fishery menunaikan janjinya membelanja makanan laut kepada sebuah keluarga di Batu Pahat selepas komputer riba miliknya yang bernilai kira-kira RM7,500 ditemui semula.

Komputer riba berwarna biru gelap itu ditemui keluarga berkenaan, yang kemudian memuat naik penemuan tersebut di TikTok bagi menjejaki pemilik asal.

Keluarga itu turut menghidupkan peranti berkenaan bagi memudahkan pengesanan melalui GPS.

Terharu dengan kejujuran mereka, tauke seafood Ah New Fishery menjemput seisi keluarga ke kilangnya untuk menikmati hidangan makanan laut sebagai tanda penghargaan, sekali gus mencuri perhatian warganet yang memuji nilai kejujuran dan keharmonian masyarakat tempatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker