Malaysia

KJ umum hasrat sertai semula UMNO, Shahril tak tolak kemungkinan ikut sama

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO susulan pengumuman Agenda Rumah Bangsa oleh Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam episod ke-191 podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat, Khairy menyifatkan inisiatif itu sebagai perkembangan positif serta peluang untuk beliau kembali bersama UMNO.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, menghargai isyarat penyatuan berkenaan, namun mengakui ketika ini lebih selesa berada di luar gelanggang politik walaupun tidak menutup pintu untuk kembali.

Terdahulu, Zahid memaklumkan Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Mohamed Khaled Nordin akan menyelaras semua permohonan penyertaan semula mengikut Perlembagaan UMNO, dengan harapan ia menjadi titik penyatuan bagi mengukuhkan parti.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker