Malaysia
Kos ‘tawan’ Everest makin mahal, Nepal buka 97 puncak gunung lain secara percuma

Kerajaan Nepal mengumumkan 97 puncak di wilayah Karnali dan Sudurpaschim, barat negara itu, dibuka kepada pendaki antarabangsa secara percuma untuk dua musim pendakian akan datang.
Langkah ini bertujuan menarik pelancong ke kawasan kurang dikunjungi dan lebih murah berbanding Gunung Everest yang memerlukan permit bernilai sekitar 15,000 dolar AS.
Daripada jumlah itu, 77 puncak terletak di Karnali manakala 20 lagi di Sudurpaschim, yang bersempadan dengan Uttarakhand (India) dan Tibet (China).
Ketika ini, sebanyak 462 gunung di Nepal telah dibuka untuk ekspedisi komersial, termasuk 102 puncak yang masih belum pernah ditawan.
Bagaimanapun, elepas tempoh percubaan dua musim ini, kerajaan akan menilai semula dasar tersebut.




