Malaysia

AirAsia X rai ulang tahun ke-18 dengan tambang serendah RM338 ke Eropah

AirAsia X (AAX) menyambut ulang tahun ke-18 dengan menawarkan tambang promosi berbaloi untuk semua laluan bermula RM338.

Menerusi kenyataan media, AAX memaklumkan ia sebagai peluang kepada rakyat Malaysia meneroka destinasi popular jarak sederhana di Asia, Australia, Timur Tengah dan Eropah.

Tawaran meliputi perjalanan sehingga 30 November 2026 melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, bersama diskaun tambahan 18 peratus untuk Value Pack yang merangkumi hidangan, insurans, pemilihan tempat duduk dan lain-lain.

Syarikat penerbangan itu turut mempromosikan laluan baharu seperti Tashkent, Almaty dan Istanbul, sebagai sebahagian strategi pertumbuhan yang terus memperkukuh rangkaian kesalinghubungan berdasarkan permintaan dan potensi pasaran.

Semua tambang adalah perjalanan sehala termasuk caj berkaitan dan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker