Dunia

Trump akan serang Iran ‘20 kali ganda’ jika Selat Hormuz ditutup

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran bahawa Washington akan melancarkan serangan jauh lebih besar terhadap Iran sekiranya Tehran cuba menghalang aliran minyak di Selat Hormuz.

Trump menyatakan Iran berdepan serangan sehingga 20 kali ganda jika laluan strategik itu diganggu.

Selat Hormuz merupakan laluan penting yang mengangkut kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia.

Laporan media antarabangsa turut menyebut Washington sedang mempertimbangkan langkah untuk menguasai laluan berkenaan bagi memastikan bekalan tenaga dunia tidak terjejas.

Setakat ini, tiada tanda Iran akan menutup laluan itu sepenuhnya, namun pihak tenteranya sebelum ini menegaskan mempunyai keupayaan mengawal perairan tersebut jika berlaku serangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker