Malaysia

Kereta bau busuk akibat paip bocor, pusat beli-belah belanja cuci siap ‘detailing’

Seorang wanita menerima cucian kereta percuma selepas Perodua Bezza miliknya terkena sisa air akibat kebocoran paip di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Insiden itu dikongsi Khadijah Ghani menerusi Threads selepas mendapati keretanya basah dan berbau busuk dipercayai berpunca daripada paip tandas yang bocor di siling parkir.

Bagaimanapun, pihak pengurusan pusat beli-belah bertindak segera dengan menghantar kereta berkenaan untuk dicuci dan menjalani proses ‘detailing’, dengan semua kos ditanggung sepenuhnya oleh pengurusan.

Menurutnya, isu itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam dan beliau menghargai tindakan pantas serta bantuan yang diberikan pihak pengurusan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker