Dunia
Trump sekat Selat Hormuz, harga minyak dunia melonjak mendadak

Ketegangan Asia Barat memuncak apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyekat Selat Hormuz, sekali gus menyebabkan harga minyak dunia melonjak.
Tentera Laut AS diarahkan untuk melaksanakan sekatan terhadap kapal yang keluar masuk pelabuhan Iran. Operasi itu melibatkan semua kapal dari pelbagai negara yang mempunyai urusan dengan Iran.
Harga minyak mentah terus meningkat dengan ketara, apabila minyak WTI bagi penghantaran Mei melonjak hampir 8 peratus kepada sekitar AS$104 setong.
Trump turut mengarahkan supaya mana-mana kapal yang membayar “tol” kepada Iran untuk melalui selat itu dikenal pasti dan dihalang.




