Pasangan bukan Islam di Malaysia kini boleh daftar perkahwinan secara online – JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini memperkenalkan kaedah lebih mudah bagi pasangan bukan Islam di Malaysia untuk mendaftarkan perkahwinan sivil, apabila permohonan kini boleh dibuat secara dalam talian.
JPN Selangor memaklumkan bahawa kemudahan ini terbuka kepada individu berumur 21 tahun ke atas, dengan syarat kedua-dua pasangan adalah warganegara Malaysia dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Antara syarat utama ialah kedua-dua pasangan mesti mempunyai rekod alamat di daerah yang sama seperti yang tertera pada MyKad. Selain itu, pemohon juga tidak boleh terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi yang layak, proses permohonan bermula dengan pendaftaran akaun di portal MyGovernment sebelum log masuk ke sistem JPN untuk memilih perkhidmatan berkaitan.
Selepas permohonan berjaya didaftarkan, pasangan perlu mencetak slip permohonan dan membawanya ke kaunter JPN bagi melengkapkan proses pendaftaran.




