Malaysia
Hasrat belanja KFC untuk hari jadi anak tak kesampaian, bapa tunggal maut dirempuh lori simen

Seorang bapa tunggal di Sibu, Sarawak, maut sehari sebelum hari jadi anak perempuannya yang ke-10 selepas dirempuh lori simen pada 21 April lalu.
Mangsa, Benet Kawit, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dilanggar lori pembancuh simen di persimpangan lampu isyarat Jalan Salim, Sibu.
Menurut Joseph Chieng, mangsa sebelum itu berjanji untuk meraikan hari jadi anaknya dengan membeli KFC. Namun, janji itu tidak sempat ditunaikan.
Benet meninggalkan dua anak berusia 10 dan 12 tahun. Chieng turut membawa dua set KFC ketika menziarahi keluarga mangsa sebagai tanda simpati.



