Malaysia

Isu hidang alkohol libat Tourism Malaysia dibawa ke kabinet

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan isu hidangan minuman alkohol pada satu majlis yang dikaitkan dengan Tourism Malaysia akan dibincang di Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau menegaskan Umno menolak sepenuhnya penganjuran acara sedemikian kerana bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

Kontroversi tercetus selepas dakwaan bahawa alkohol dihidangkan pada majlis makan malam anjuran kerajaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing sebelum ini menafikan penglibatan kementerian dan menjelaskan majlis itu dianjurkan pihak industri sempena Global Travel Meet (GTM).

Menurut Tiong, Tourism Malaysia pada asalnya menjadi penganjur sebelum sektor swasta mengambil alih bagi memanfaatkan peluang perniagaan dan mengurangkan kos kerajaan, setelah mendapat kelulusan ketua pengarah agensi itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker