Malaysia

Remaja 14 tahun didakwa dikurung, diliwat di Shah Alam

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa dikurung dan diliwat oleh lelaki tidak dikenali di sebuah apartmen di Seksyen 32, Bukit Kemuning, Shah Alam pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum membawanya ke apartmen berkenaan.

Menurut polis, tangan dan kaki mangsa diikat sebelum dia didakwa diliwat. Mangsa kemudian berjaya meloloskan diri dan meminta bantuan penduduk berhampiran yang seterusnya menghubungi polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342, Seksyen 377C dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker