Malaysia
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 7 negeri hingga tengah hari ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari hari ini, 16 Mei.
Antara kawasan terjejas ialah seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, selain beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Cuaca buruk turut dijangka melanda Rompin di Pahang, beberapa daerah di Johor, Kuala Penyu serta Tawau di Sabah, selain Labuan.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat melebihi 20mm sejam yang dijangka berlaku lebih sejam. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengikuti perkembangan cuaca semasa.




