Malaysia
Salah faham jadi punca pelajar perempuan dibelasah beramai-ramai

Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun cedera selepas dipercayai dipukul beramai-ramai oleh lima pelajar perempuan lain dalam kejadian di sebuah sekolah di Sandakan, Sabah, pada Rabu.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada salah faham dalam kumpulan WhatsApp dikenali sebagai “Angel”.
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu dilaporkan mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan selepas diserang sekumpulan pelajar perempuan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner ACP Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku akibat perselisihan faham dalam kumpulan WhatsApp berkenaan sebelum bertukar menjadi serangan fizikal.




