Malaysia

Warga Malaysia ke Singapura diminta bersedia hadap kesesakan teruk hingga 28 Jun

Pihak Immigration and Checkpoints Authority (ICA) memberi amaran bahawa pengguna laluan darat Johor-Singapura dijangka berdepan kesesakan teruk di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas bermula sekarang hingga 28 Jun.

Amaran itu dikeluarkan susulan peningkatan jumlah pelancong sempena Aidiladha, cuti wesak dan cuti sekolah Jun di Singapura.

Menurut ICA, lebih dua juta pelancong menggunakan kedua-dua pusat pemeriksaan itu ketika cuti panjang Hari Pekerja baru-baru ini. Pada 30 April lalu sahaja, hampir 580,000 individu direkodkan melintas sempadan dalam sehari, dengan ada pengguna terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi imigresen.

ICA turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menyemak keadaan trafik sebelum bergerak ke Singapura.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker