Dunia

200 Tan kain ihram dikitar semula, Arab Saudi hasilkan 5,000 produk baharu

Arab Saudi mencatat kejayaan dalam usaha kelestarian sempena musim haji menerusi program kitar semula kain ihram yang berjaya mengurangkan lebih 200 tan sisa tekstil sejak dilancarkan pada tahun 2023.

Program itu dikendalikan oleh syarikat fesyen lestari Saudi, Tadweem, dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan bagi mengumpul kain ihram yang telah digunakan oleh jemaah haji di Makkah dan Madinah.

Menurut laporan, lebih 300,000 helai kain ihram berjaya dikumpulkan dan diproses semula dalam tempoh tiga tahun. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,000 produk baharu berjaya dihasilkan termasuk beg, pakaian, aksesori serta pelbagai barangan kegunaan harian yang mesra alam.

Pengasas Tadweem berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar, malah membuka peluang ekonomi melalui penghasilan produk bernilai tinggi daripada bahan yang sebelum ini dibuang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker