Hiburan
Shikin Maembong berhijab, hadiah hari lahir buat Cat Farish

Shikin Maembong tampil berhijab dan menyifatkan perubahan itu sebagai hadiah paling bermakna buat suaminya, Cat Farish, sempena ulang tahun kelahirannya pada 12 Julai.
Shikin, 42, berkata keputusan itu dibuat selepas dia berasa lebih tenang ketika mencuba bertudung sewaktu bercuti bersama keluarga pada Sabtu lalu.
Menurutnya, Cat Farish tidak pernah memaksa dirinya berhijab, sebaliknya sentiasa memberi sokongan terhadap setiap keputusan yang dibuat.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang mendoakan agar Shikin terus istiqamah dengan penghijrahannya.




