Dunia

AS lancar serangan baharu, beberapa letupan dilapor di Iran

Beberapa letupan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Iran lewat Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan ke atas negara itu.

Antara lokasi yang dilaporkan terjejas ialah Bandar Abbas, Pulau Qeshm, Shiraz, Chabahar dan Konarak, selain bunyi sistem pertahanan udara berhampiran Loji Tenaga Nuklear Bushehr.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan. Dakwaan letupan di Isfahan bagaimanapun dinafikan pihak berkuasa wilayah itu.

Komando Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan serangan itu bertujuan melemahkan keupayaan ketenteraan Iran yang didakwa digunakan untuk menyerang kapal dagang di Selat Hormuz.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker