Malaysia
“Ini isu besar” – Dakwaan kebocoran data Khairul Aming, Fahmi arah MCMC buka siasatan

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat dakwaan kebocoran data peribadi melibatkan usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming.
Beliau berkata siasatan dibuat selepas Khairul Aming mendakwa butiran bil telefon peribadinya didedahkan tanpa kebenaran menerusi media sosial.
Fahmi memaklumkan syarikat telekomunikasi terbabit sedang berhubung dengan Khairul Aming bagi mendapatkan maklumat lanjut, selain memberi kerjasama kepada MCMC.
Beliau turut menggesa mangsa yang mengalami insiden sama membuat laporan kepada MCMC dan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.



