Malaysia
Demokrat AS gesa semak hubungan dengan Malaysia

Lapan ahli Parti Demokrat Amerika Syarikat menggesa Jabatan Negara AS menyemak semula hubungan dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengusiran warga Israel yang ditahan di negara ini.
Mereka turut meminta pentadbiran AS mempertimbangkan penggantungan pembiayaan latihan ketenteraan kepada Malaysia jika pendirian itu tidak berubah.
Gesaan itu dibuat menerusi surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio. Setakat ini, kerajaan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.



