Malaysia

Remaja 14 tahun retak tengkorak dipukul empat remaja di Cheras

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengalami retak tengkorak, pendarahan dalam kepala dan kecederaan telinga kanan selepas didakwa dipukul empat remaja di Cheras, Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu.

Ibu mangsa, Zulaikha Sabri berkata, anaknya kini trauma, perlu ditemani sepanjang masa serta tidak boleh melakukan aktiviti lasak sehingga 12 bulan bagi memastikan kecederaan pulih.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati sekumpulan remaja terhadap anaknya sebelum mereka datang mencari mangsa di kawasan rumah ketika masih memakai uniform sekolah.

Empat remaja terbabit sudah direman selama dua hari selepas laporan polis dibuat, namun dibebaskan sementara kes masih dalam siasatan. Zulaikha berharap tindakan tegas diambil terhadap pelaku.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker