Dunia

Kebakaran hutan Indonesia mula reda, dijangka selesai dalam dua minggu

Kebakaran hutan dan tanah di beberapa kawasan di Indonesia mula menunjukkan perkembangan positif selepas usaha pemadaman dipertingkatkan.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata, kebakaran kini mula dapat dikawal di beberapa kawasan dan berharap keseluruhan situasi itu dapat diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.

Bagi menangani kebakaran itu, kerajaan Indonesia menggerakkan sumber dalam jumlah besar termasuk puluhan helikopter, lebih 12 pesawat, ratusan telaga air dan pam, selain ribuan anggota keselamatan serta pasukan penyelamat.

Prabowo berkata usaha pemadaman akan diteruskan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan keadaan kembali normal dalam tempoh yang disasarkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker