Dunia

Singapura larang penggunaan telefon pintar di sekolah mulai 2026

Singapura akan melaksanakan larangan penuh penggunaan telefon pintar dan jam tangan pintar di sekolah menengah bermula Januari 2026.

Kementerian Pendidikan negara itu memperkenalkan dasar baharu tersebut bagi membentuk tabiat penggunaan skrin yang lebih sihat dalam kalangan pelajar.

Jika sebelum ini peraturan hanya menghadkan penggunaan peranti ketika sesi pembelajaran, larangan baharu kini merangkumi seluruh hari persekolahan.

Ia termasuk waktu rehat, aktiviti kokurikulum, kelas tambahan serta sesi pemulihan.

Semua peranti pelajar perlu disimpan di tempat khas atau di dalam beg sehingga tamat waktu sekolah.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker