Malaysia
Kanak-kanak maut jatuh dari Jambatan Victoria, polis buka siasatan

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, Kuala Kangsar, Isnin lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Beberapa saksi turut dipanggil, manakala siasatan awal mendapati tiada unsur kecuaian.
Mangsa dipercayai terjatuh melalui lubang pada jambatan ketika berjalan sambil memegang tangan bapanya. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, MPKK menutup sementara akses ke struktur besi Jambatan Victoria atas faktor keselamatan.




