DuniaMalaysia

“Malaysia takkan ambil 200,000 pekerja Bangladesh” – Ramanan

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan menafikan Malaysia akan mengambil 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan bermula akhir September.

Beliau berkata pengambilan pekerja asing akan ditentukan berdasarkan keperluan sebenar industri dan tertakluk kepada siling di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Ramanan berkata angka 200,000 itu tidak mencerminkan keperluan semasa Malaysia dan mendakwa berlaku kekeliruan susulan kenyataan Menteri Muda Bangladesh, Mir Shahe Alam pada Selasa.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil turut menafikan dakwaan itu, sambil menegaskan pengambilan pekerja asing akan kekal terkawal dan mengutamakan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker