Dunia
El Nino bawa dunia ke zon bahaya cuaca ekstrem

Dunia berdepan risiko cuaca ekstrem susulan El Nino yang dijangka antara paling kuat dalam tempoh 40 tahun. Ketua WMO, Celeste Saulo berkata fenomena itu boleh memburukkan kemarau, banjir dan suhu panas melampau.
WMO menjangka El Nino memuncak hujung 2026 dan hampir 100 peratus kemungkinan berterusan sehingga Februari 2027.
Fenomena ini boleh mengubah corak suhu dan hujan serta meningkatkan risiko banjir, kemarau dan cuaca panas di pelbagai negara.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa tindakan segera, manakala sektor pertanian, kesihatan, tenaga dan air diminta bersiap sedia menghadapi kesannya.




