Malaysia
Umno perlu pimpin kerjasama politik Melayu – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat berkata Umno perlu menjadi peneraju dalam usaha membentuk kerjasama politik Melayu-Islam.
Beliau berkata, pengalaman Umno yang pernah diperdaya dalam usaha kerjasama politik Melayu-Islam sebelum ini menyebabkan parti itu lebih berhati-hati dan tidak mahu perkara sama berulang.
Menurutnya, kerjasama itu perlu berasaskan gagasan ‘Rumah Bangsa’ serta menjadikan Umno sebagai asas dan tonggak utama.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama politik perlu bersifat fleksibel dan tidak melibatkan perjanjian yang mengikat. Umno juga akan kekal dalam BN.



