Malaysia

Lelaki ditemukan maut, tangan dan kaki terikat dalam tangki kumbahan

Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan maut dengan tangan dan kaki terikat dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Pulau Pinang semalam.

Mayat mangsa ditemukan selepas jiran menyedari bau busuk dari rumah berkenaan.

Polis percaya mangsa sudah berada dalam tangki itu sekurang-kurangnya dua hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, identiti mangsa masih dalam proses pengesahan dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis turut menyiasat kaitan kes itu dengan laporan orang hilang yang dibuat pada 7 September serta beberapa transaksi mencurigakan daripada akaun bank mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker