Fadhlina akan turun padang, teliti pendidikan sekolah Orang Asli
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, akan mengadakan lawatan ke beberapa sekolah Orang Asli bagi menilai keperluan pendidikan serta latihan guru di sekolah berkenaan.
Lawatan itu memberi tumpuan kepada usaha memastikan murid Orang Asli mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, selain melihat sendiri cabaran yang dihadapi guru dan sekolah di kawasan berkenaan.
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan memberi perhatian terhadap penempatan guru di kawasan luar bandar, termasuk komuniti Orang Asli, dengan memberi laluan khas latihan perguruan kepada calon dari komuniti itu.
Usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah kementerian memperkukuh pendidikan luar bandar, termasuk memastikan sekolah mempunyai guru yang mencukupi dan mempunyai latihan sesuai dengan keperluan murid.




