
Rapper Amerika Syarikat, Macklemore melancarkan jelajah ‘Free Palestine Tour’ selepas digugurkan daripada jelajah Ed Sheeran susulan kenyataan pro-Palestin ketika persembahan di New Jersey pada 4 September lalu.
Jelajah itu bermula di Dublin, Ireland pada 26 Oktober, diikuti Paris pada 29 Oktober dan London pada 30 Oktober.
Macklemore berkata hasil konsert akan disalurkan kepada organisasi yang membantu rakyat Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan perubatan.
Sebelum ini, Macklemore dijadualkan membuka lapan persembahan Ed Sheeran, namun dikeluarkan daripada jelajah berkenaan susulan bantahan terhadap kenyataannya.




