Malaysia

Zon Sekolah Selamat diperluas ke sembilan negeri

Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) melaksanakan projek rintis Zon Sekolah Selamat di sembilan negeri bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan pelajar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, projek itu menetapkan reka bentuk jalan yang menggalakkan kenderaan bergerak pada kelajuan 30 kilometer sejam dalam jarak 500 meter dari sekolah.

Langkah itu penting kerana hampir 70 kemalangan berlaku di kawasan sekolah setiap tahun, manakala 76.6 peratus pelajar dilaporkan berasa tidak selamat menggunakan jalan raya sekitar sekolah.

Antara kemudahan disediakan ialah lintasan bertingkat, pulau perlindungan dan laluan pejalan kaki terlindung. Projek akan diperluas ke lebih banyak sekolah berisiko tinggi selepas keberkesanannya dinilai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker