Malaysia
Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dibayar dalam tiga penggal

Pelajar Tingkatan Enam akan menerima elaun kos sara hidup berjumlah RM2,500 yang dibayar secara berperingkat sepanjang tiga penggal persekolahan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut beliau, pembayaran akan bermula pada penggal pertama tahun depan selepas pelajar melengkapkan pendaftaran, dengan jumlah melebihi RM800 bagi setiap penggal.
Pemberian elaun itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu dan dijangka memanfaatkan kira-kira 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara.
Jumlah tersebut menyamai elaun yang diterima pelajar matrikulasi, bagi memastikan pelajar Tingkatan Enam turut mendapat sokongan kewangan seperti pelajar di peringkat pendidikan lain.




