Malaysia

Bekalan makanan negara terjamin, rakyat tetap diingatkan bersedia hadapi krisis

Orang ramai dinasihatkan supaya terus menyimpan bekalan asas untuk kegunaan kecemasan meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan negara mencukupi bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Langkah itu penting sebagai persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan akibat pelbagai ancaman global, termasuk konflik peperangan, cuaca ekstrem, gangguan bekalan elektrik dan serangan siber.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak memerlukan langkah menyimpan stok kecemasan secara besar-besaran kerana tahap keterjaminan makanan negara masih terkawal.

Bagaimanapun, pengguna digalakkan membuat persediaan secara bersederhana dengan menyediakan makanan tahan lama, air minuman dan barangan keperluan asas tanpa melakukan pembelian panik sehingga menjejaskan bekalan di pasaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker