Akibat terlalu tertekan, ibu mendiang Tishant cuba bunuh diri

Diselubungi trauma dan kesedihan mendalam, ibu kepada A Tishant kanak-kanak enam tahun yang dibunuh kejam dilaporkan cuba membunuh diri.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin Nisa Ismail yang memaklumkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dihantar untuk memberikan bantuan.
Namun, keluarga mangsa menolak bantuan yang ditawarkan. Difahamkan, ibu Tishant telah cuba membunuh diri dan kini sedang dirawat di hospital.
Tishant dilaporkan hilang pada 24 Julai berhampiran sebuah kedai kopi di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, namun dakwaan bapanya didapati bercanggah.
Mayat kanak-kanak itu ditemui empat hari kemudian, dijerut dengan pengikat kabel dan dibuang di Rompin, Jempol di Negeri Sembilan.
Menurut laporan New Straits Times, ibu Tishant didakwa tidak makan dan menangis berterusan sejak hari anaknya dilaporkan hilang.




