Malaysia

“Jika Anwar tidak minta maaf, saya bawa perkara ini kepada Speaker” – Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini menjadi subjek siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas menafikan dakwaan kononnya beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Susulan arahan siasatan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin tampil di Dewan Rakyat hari ini menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, agak sukar untuk Anwar meminta maaf dan beliau sedia memaafkan kesilapan yang berlaku itu.

Menurut beliau, sekiranya Perdana Menteri enggan berbuat demikian, satu usul akan dibawa bagi merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa Perikatan Nasional konsisten memperjuangkan supaya subsidi disasarkan kepada rakyat tempatan, bukan warga asing, dan mendakwa kenyataan Anwar boleh mencemarkan imej serta reputasinya sebagai wakil rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker