Malaysia

DAP cabar PAS buktikan ikhlas ajar Mandarin dan Tamil di Pasti

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menggesa PAS membuktikan kesungguhan cadangan memperkenalkan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan dengan terlebih dahulu melaksanakan perkara sama di prasekolah milik parti itu, Pasti.

Cadangan tersebut timbul selepas Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, mencadangkan supaya Mandarin dan Tamil dijadikan subjek di sekolah kebangsaan sebagai usaha memupuk perpaduan antara kaum.

Bagaimanapun, Lim menegaskan kedua-dua bahasa itu sebenarnya sudah lama ditawarkan sebagai subjek tambahan di sekolah kebangsaan, justeru cadangan berkenaan dianggap mengulangi dasar sedia ada serta menimbulkan persoalan sama ada ia sekadar pandangan peribadi atau pendirian rasmi PAS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker