Siti Nurhaliza akui Anugerah Sri Wirama di AIM 24 pencapaian terbesar

Atas pencapaian lebih tiga dekad dalam industri muzik hingga diangkat sebagai Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 yang berlangsung di Arena of Stars, malam tadi.
Pengiktirafan tertinggi dalam AIM itu dianggap pencapaian terbesar sepanjang 30 tahun kerjaya seni Siti, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi paling berpengaruh di Malaysia.
Malam penuh gemilang itu turut menyaksikan penyanyi kesayangan ramai itu tercalon dalam enam kategori lain termasuk Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa) menerusi lagu Senyawa.
AIM 24 yang disiarkan secara langsung di TV2 disaksikan lebih 4,000 tetamu dengan pengiktirafan diberikan kepada pemenang bagi 31 kategori.




