Malaysia
Masalah air di Kelantan bakal selesai 2030 – Exco

Masalah bekalan air di Kelantan dijangka pulih sepenuhnya menjelang 2030 menerusi pelaksanaan 34 projek yang kini dalam pembinaan dan perancangan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Saizol Ismail berkata, projek itu termasuk pembinaan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) di daerah terlibat.
Setakat ini, 13 projek telah siap, sembilan sedang dibina, manakala selebihnya dalam fasa reka bentuk dan perancangan.
Kebanyakan projek dijangka siap menjelang 2028, dengan dua projek lagi disasarkan siap pada 2030.
Tujuh daerah dikenal pasti berdepan masalah bekalan air, antaranya Pasir Mas, Tumpat, Machang, Bachok dan Kota Bharu.




