Dunia
12 rakyat Malaysia terlibat nahas di Tamil Nadu, tiada kematian

Tiada kematian dilaporkan dalam kemalangan jalan raya membabitkan 12 rakyat Malaysia di Kodaikanal, Tamil Nadu, India pada lewat malam 14 Sept.
Beberapa individu cedera ringan, manakala empat lagi cedera parah tetapi tidak mengancam nyawa.
Kesemua mereka kini menerima rawatan di hospital tempatan.
Wisma Putra memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku apabila van pelancong yang membawa 12 rakyat Malaysia tergelincir semasa melalui jalan berbukit.
Kementerian itu turut menasihatkan rakyat Malaysia yang melancong di India supaya lebih berhati-hati sepanjang musim monsun.



