Uncategorized

Nilai jam tangan bukan terletak pada harga, tetapi warisannya

Bercakap tentang trend fesyen hari ini, ia sama seperti teknologi yang cepat berubah mengikut peredaran masa.

Namun pengasas ATG Watch Sdn Bhd, Thamm Onn Chuan, percaya jam tangan bukan sekadar aksesori fesyen, tetapi simbol peribadi dan warisan.

Minatnya terhadap jam bermula sejak kecil, bertukar menjadi realiti pada tahun 2000 apabila syarikatnya antara yang terawal di Malaysia menjadi pengedar jam tangan jenama Perancis, Epos dan kemudiannya membawa masuk jenama Titoni pada 2006.

Bukan sahaja di Malaysia, ATG Watch juga meluaskan empayar perniagaannya di Singapura, Brunei dan termasuk Indonesia sebagai pengedar jam tangan buatan Swiss yang kini memasuki tempoh 25 tahun.

Ia nyata mempamerkan hubungan emosi yang mendorongnya untuk membuat sesuatu yang dicintai dan memastikan supaya perniagaannya itu kekal relevan sepanjang zaman.

Bagi beliau, perniagaan ini berteraskan ketahanan, bukan fesyen semasa. “Saya mahu produk yang tidak akan mati, tidak rosak, tidak hilang fesyen. Ia sentiasa ada,” jelasnya. Pandangan ini menjadikan Titoni, jenama jam tangan Swiss yang dibawa masuk ke Malaysia, sebagai pilihan utama ATG.

Namun, usia panjang Titoni menghadirkan cabaran baharu. “Kerana ia sangat lama, ada yang menganggapnya tua. Jadi cabarannya ialah bagaimana menjadikannya lebih muda,” kata Tan.

Justeru, ATG berusaha menyeimbangkan tradisi dengan tarikan moden, sambil menekankan layanan selepas jualan yang menjadi keutamaan pelanggan Malaysia.

Salah satu kisah paling bermakna datang daripada seorang pelanggan berusia 90 tahun yang membeli jam bukan untuk keuntungan semula, tetapi sebagai hadiah warisan kepada cucu-cucunya.

“Bagi dia, itu pelaburan yang baik. Bukan untuk menjual, tetapi untuk menjaga sesuatu yang berharga,” kongsi Tan.

Biarpun pasaran turun naik, prinsip kejujuran dan kesabaran menjadi pegangan beliau. Pengalaman awal bersama Epos, di mana beliau memulangkan stok lebihan dengan ikhlas, akhirnya membuka jalan untuk membawa Titoni ke Malaysia.

Bagi Encik Tan, jam tangan Swiss bukan sekadar penunjuk masa. Ia adalah manifestasi minat, simbol kasih sayang, dan warisan yang boleh bertahan merentas generasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker