Malaysia

Agong titah MINDEF elak kesilapan beli helikopter lama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan Kementerian Pertahanan agar tidak mengulangi kesilapan lalu dalam perolehan aset ketenteraan, khususnya melibatkan pesawat atau peralatan terpakai yang berisiko mengancam keselamatan anggota tentera.

Baginda bertitah, pengalaman pembelian pesawat A-4 Skyhawk yang gagal dimanfaatkan sepenuhnya perlu dijadikan iktibar.

Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan supaya cadangan mendapatkan helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun dibatalkan bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.

Seri Paduka Baginda bertitah, semua perolehan mesti dibuat secara telus mengikut harga pasaran dan keperluan sebenar tentera, bukan atas cadangan pihak berkepentingan.

Majlis perbarisan sempena ulang tahun ke-60 RGK diadakan di Kem Iskandar, Johor, dengan turut dihadiri Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera dan barisan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker