
Laporan Harvard Business Review mendapati penggunaan kecerdasan buatan (AI) tidak mengurangkan beban kerja pekerja, sebaliknya meningkatkan tekanan kerja.
Kajian itu menunjukkan pekerja bekerja pada kadar lebih pantas, memikul lebih banyak tugasan dan melanjutkan waktu kerja ke lebih banyak jam dalam sehari, walaupun tanpa diarahkan.
Keadaan ini menjadikan beban kerja semakin bertambah dan sukar dikekalkan dalam jangka panjang.
Menurut laporan tersebut, peningkatan produktiviti pada peringkat awal boleh membawa kepada keletihan mental, keletihan melampau, kualiti kerja merosot serta kelemahan dalam membuat keputusan, selain risiko peningkatan kadar berhenti kerja.
Bagi mengelakkan kesan negatif itu, syarikat disaran menetapkan amalan penggunaan AI yang jelas, termasuk kawalan terhadap tempo kerja, susunan tugasan yang munasabah serta memastikan peranan manusia kekal penting dalam proses kerja.




