Airbnb kini tawar hotel, sewa kereta dan barang runcit dalam aplikasi

Platform penginapan popular, Airbnb, mengumumkan peluasan besar perkhidmatannya dengan menawarkan tempahan hotel, sewaan kereta, penghantaran barang runcit dan pengangkutan lapangan terbang terus dalam aplikasi mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky berkata syarikat mahu menjadikan pengalaman melancong lebih mudah dan lengkap untuk pengguna.
Antara pembaharuan diperkenalkan termasuk penghantaran barang runcit di lebih 25 bandar di Amerika Syarikat, servis pengangkutan lapangan terbang di lebih 160 bandar dunia, penyimpanan bagasi di 175 bandar serta perkhidmatan sewa kereta yang bakal dilancarkan dalam aplikasi Airbnb tahun ini.
Dalam masa sama, Airbnb turut membawa masuk ribuan hotel butik dan hotel bebas ke platform mereka di 20 destinasi utama dunia termasuk New York City, Paris, London, Rome dan Singapore.
Aplikasi mereka juga kini dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pengguna membuat perancangan perjalanan dengan lebih mudah.




