Akibatkan pekerja maut, syarikat pembinaan didenda RM60,000

Sebuah syarikat pembinaan di Johor Bahru dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan keselamatan berkaitan insiden maut melibatkan pekerjanya.
Hukuman melibatkan RM50,000 bagi kegagalan menyediakan hadangan yang mencukupi pada bukaan lantai kerja sehingga menyebabkan kematian pekerja pada 19 Januari lalu, dan RM10,000 lagi kerana tidak melantik pegawai keselamatan dan kesihatan di tapak projek yang bernilai lebih RM20 juta.
Kesalahan pertama dibuat di bawah Peraturan 19(3) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024.
Manakala tuduhan kedua di bawah Seksyen 29(2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
JKKP Johor turut menegaskan bahawa kes ini sewajarnya menjadi peringatan kepada semua majikan untuk memastikan pematuhan undang-undang demi keselamatan pekerja dan orang awam.




