Malaysia

Lelaki kudung kaki akibat letupan bunga api sempena Tahun Baharu Cina

Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an cedera parah hingga kudung kaki kiri selepas terkena letupan bunga api di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Ketua Polis Segamat, Jumazanzahir Chek Ismail, berkata mangsa dikejarkan ke zon merah Hospital Segamat dan disahkan mengalami putus kaki kiri di bawah lutut, namun kini dalam keadaan stabil.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis ‘shoot cake 4 (D) 16 shot’ di hadapan rumah sempena Tahun Baharu Cina. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker